Apabila saya melangkahkan kaki di dalam air sungai terasa teruja dan gembira dengan suhu yang sejuk dalam air dan aliran air yang menyentuh kaki saya.Ketika itu saya terimbas ketika kecil dulu,seronok bersama dua orang abang bermain di sungai .Walau pun kehidupan tidak mewah tetapi hubungan adik beradik sangat rapat dan tahu keperluan antara sesama sendiri.
Sungai yang mengalirkan air jernih dan ikan yang berenang di dalamnya begitu menarik dan membuatkan seorang pemerhati memerhati keindahan alam semulajadi.Jiwa yang penuh dengan aturan dan peraturan menjejak begitu teliti kehidupan yang tidak pernah terlintas untuk peduli.
Semua teratur dan sangat menarik untuk dijadikan tontonan ketika kita sibuk dan tiada masa untuk diri sendiri.Ikan-ikan berenang dan menuju kelumut dan juga beberapa ekosistem lain yang berkerjasama untuk meraikan makanan semulajadi.Demikian juga tumbuhan yang tumbuh di sekitar sungai.Tumbuh dengan subur daun kehijauan membantu hasilkan udara yang segar,oksigen yang segar dan haruman daunan yang nyata terus dinikmati.
Bukan mudah untuk dikatakan semuanya atas kelebihan peluang masa yang boleh digunakan.Usia telah lanjut dan kelebihan untuk menikmati haruslah dihargai walaupun hanya sesaat.Setiap detik sangat berharga untuk nilai yang sentiasa dikejar .Kemampuan bukan sahaja sekadar logik tetapi juga "keistimewaan yang tidak dijangka". Apabila direnung kembali bukan muda untuk luangkan masa melihat alam semulajadi dengan mata sendiri.Bagi setiap orang berlainan pendapat tentang keunikan dan keaslian .Pelbagai komen dan citarasa setiap individu.Air yang mengalir dan bunyian setiap titisan dari batu memercik lembut dan deras menyentuh kaki yang berjalan melangkah demi langkah merasai alunan gelombang setiap zarah air di atas pasir.Terapi dan kesegaran luar biasa terasa menyentuh dan terus menyentuh selama berada dalam air.Keaslian yang masih terjaga membuatkan jiwa tersentuh begitu indahnya keindahan semulajadi dan tiada yang boleh menandingi keaslian ciptaan ILAHI.Telah tersedia dan terbentuk sendiri dengan mengikut aliran zaman dan tidak menentang hukum alam.Dari paras yang tinggi mengalir ke arah tanah yang rendah.Mengalir dan mengalir tidak berhenti.Demikianlah ekosistem yang beroperasi dengan sendirinya dalam air.Hidup saling memerlukan dan meneruskan hidup dengan apa yang tersedia.
0 Comments