Dalam perjalanan kehidupan "ada yang menunggu" untuk bertanyakan khabar keadaan semasa iaitu bergelar ibu.Setiap hari akan menunggu dan bertanya tanpa putus asa kepada setiap anaknya .Soalan yang sama sudah solat?,sudah makan? dan seterusnya apa yang sedang anak lakukan samada sedang belajar atau dalam bidang perkerjaan.Membuka cerita tentang masa kanak- kanak anaknya tanpa bosan dan terus lagi bercerita sambil ketawa dan gembira.
     Setiap hari anak -anaknya yakin setiap hari "ada yang menunggu"untuk mendengar cerita demi cerita sehinggakan semua anak-anak hafal dengan cerita ibu mereka sambil ketawa dan tersenyum malu apabila sampai kepada cerita penama setiap anaknya.Kegembiraan yang tidak ternilai dan seronoknya hanya ibu sahaja yang boleh bercerita dengan gaya dan antonasi yang luar biasa tidak dapat dilakonkan semula oleh anak- anak kerana berbeza dan tidak sama.
      Sering kali anak- anak akan mencari ibu kerana percaya "ada yang menunggu"untuk bertanyakan soalan yang sama dan tidak bosan untuk bertanya.Kadang -kadang jika terlalu letih dan sibuk lupa bertemu ibu dihati berkata"ada yang menunggu" untuk memberi jawapan yang sama.Anak-anak akan merasa kurang sekiranya tidak bertemu ibu kerana inginkan perhatian dengan diajukan soalan yang sama.
        "Ada yang menunggu "harapan setiap anak ada dalam benaknya dan juga kerana kasih sayang tidak ternilai dan sangat berharga walaupun hanya dengan soalan yang bersahaja.Akan mengalir air mata anak sekiranya tidak mendapat soalan yang sama apabila bertemu ibunya.Seorang ibu pula tidak bosan dengan soalan yang sudah menjadi hafalan anak- anaknya.Di teruskan dengan mengeratkan hubungan kasih sayang bercerita sejarah keluarga cerita dan cerita diceritakan ibu agar anak- anak tidak lupa asal usul keturunannya.Memberi tahu bahawa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
         "Ada yang menunggu"untuk menyampaikan adat dan  adap  kepada anak- anak agar tidak terpengaruh oleh teknologi robot yang diprogram dan lakonan untuk laris ditonton menjadi ikutan.Pendedahan kepada anak-anak yang di alaf IT."ada yang menunggu"memberikan motivasi kepada  anak-anak agar tidak lupa solat setiap pengisian dengan contoh yang berfakta dan siap dengan rujukkannya.Membawa anak- anak solat  tepat pada masanya andainya anak- anak belum sampai "ada yang menunggu"bertanyakan sudah solat?.Sudah solat di Sekolah atau tempat kerja soalan seterusnya  ,sudah makan? kerana kesihatan penting untuk setiap orang bukan saja untuk anak- anak ,ibu pun mesti  mengingatkan dirinya sendiri.Dalam "ada yang  menunggu"lupa makan hanya sediakan makanan diri sendiri seorang ibu belum makan.
        Betapa sukanya  anak-anak "ada yang menunggu"berlari- lari ingin bertemu ibu.Ingin bersalaman dan tersenyum dengan soalan yang sama.Kasih ibu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata hanya melihat dengan mata dan merasa dengan nurani cinta..Ibu gembira dan anak-anak bahagia bersama bercerita dan bercerita tiada habisnya.Seorang anak apabila dah dewasa akan bercerita juga dengan ibunya seperti mana ibu bertanya demikianlah anak-anaknya,"ada yang menunggu"di pintu . 
         Tidak sabar balik rumah kerana" ada yang menunggu dan seronok dengan cerita ibu .Semangat terus berkobar- kobar bertanya bermacam soalan namun ibu siap dengan jawapan.Anak-anak tidak kecewa ibu banyak kemahirannya malah diajar untuk bekalan diluar kelak.Semua keperluan ilmu disediakan agar tidak membuang masa di rumah."ada yang menunggu"disiapkan semua cerita agar mahir dalam kemahiran semua samada teknologi atau  kraftangan.
         Tuntutan ilmu untuk dituntut anak-anak masing- masing dengan kepakarannya.Bergelar ibu  semua disediakan agar tidak tercicir dalam ilmu pengetahuan.Imbasan inilah anak- anak rindu dan yakin" ada yang menunggu" menyelesaikan semua soalan dan cerita yang diperlukan anak- anak.Rindu dan rindu kepada ibu dirumah " ada yang menunggu".