Setiap ibubapa inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya terutamanya dari segi pendidikan mendapat yang terbaik.Suasana rumah yang teratur dan disusun khas untuk belajar adalah impian setiap ibubapa agar anak-anak dapat belajar dalam keadaan yang  selesa.Masa yang diperuntukkan dapat diikuti sepenuhnya agar tidak membuang masa,Ibubapa menjalankan peranan yang penting dalam pembentukan anak- anak dari awal seperri meluntur bulu biarlah dari rebungnya.

        Pendidikan adalah penting dalam kehidupan manusia supaya berilmu dan berpegetahuan tinggi.Anak-anak yang berbekalkan ilmu pengetahuan dapat mempertimbangkan antara yang penting dan kurang penting,antara keperluan atau kemewahan .Pelajaran yang sentiasa mengikut perkembangan tidak membiarkan anak-anak terus tercicir dan masih belajar seperti zaman kita dulu hanya berpandu guru dan bantuan buku teks sahaja.Dewasa ini semua maklumat dihujung jari dengan itu peranan ibubapa penting dalam mengawasi dan sentiasa memantau anak-anak menimbah ilmu.Selain daripada memdapat manfaat hasil kecangihan teknologi anak-anak mestilah diajar cara pengunaan yang betul disamping belajar dalam bidang akademik mereka juga  pada masa yang sama mempelajari komputer secara spontan walaupun tanpa disegajakan ibubapa dapat anjakkan agar terus mendalami ilmu teknologi.

            Dunia semangkin canggih dengan alat bantuan pelbagai macam rupa .Manusia pun turut berubah mengikut peradaran zaman ,anak-anak mestilah diberi masa untuk menyesuaikan diri agar mereka dapat menguasai suasana baru dengan mudah.Sentiasa dijaga dan diajar agar mereka tidak menyalahgunakan kelebihan kemudahan teknologi dengan membuang masa melayari web yang tidak sesuai dan terjebak dengan  permainan dalam halaman sesawang.Harus bagi ibubapa membekalkan ilmu pengatahuan agar anak-anak berbekalkan ilmu pengetahuan dalam mengendalikan teknologi berkomputer dan boleh melayari internite dengan muda.
             Akhlak dan adab  tatacara berdepan dengan ilmu juga perlu diterapkan kepada anak-anak agar tidak leka mesti mengikut hukum agama dan beramal soleh dalam menuntut ilmu.Menepati masa yang dikhaskan agar sentiasa jujur tidak membuang masa.Banyak ilmu yang dapat diperolehi oleh anak-anak sekiranya mereka dapat mengikut rentak pembelajaran yang disediakan dengan tidak merasa cepat bosan .Ibubapa yang dapat kendalikan perkara ini adalah ibubapa yang hebat kerana dapat menjalankan peranan dengan cukup kuat dan sabar.Membantu semua masalah anak-anak juga satu anugerah yang dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.Keluarga bahagia terbina atas tiang kasih sayang yang kukuh dan teguh .Meluntur bulu biarlah dari rebungnya satu peribahasa bagaimana anak dididik sejak peringkat awal lagi.Agar muda mendapat pendidikan dengan cemerlang ianya semestinya diajar dari rumah.
            Harapan sebagai ibubapa usaha yang telah dilaksanakan semoga membuahkan hasil kejayaan kepada anak-anak pada masa akan datang.Mendapat kehidupan yang teratur dan terancang mengikut cara hidupan sakinah dalam bidang masing-masing.Seperti menatang minyak yang penuh demikianlah kasih sayang ibubapa kepada anak-anaknya.Semoga anak-anak dapat melaksanakan tanggungjawap dan menjalankan ibadah yang telah diperintahkan Allah SWT.Usaha ibubapa mestilah bersungguh-sungguh yang bulat tak datang bergolek ,yang pipi takkan datang melayang.😁😁😁