Setiap insan mempunyai cerita sendiri yang tidak dikongsi hanya untuk diri sendiri.Apabila diceritakan seperti sebuah novel yang pasti mendapat perhatian pembaca dan kemaruk dengan cerita yang diluar pemikiran manusia biasa.Demikianlah sebuah kehidupan tidak boleh semuanya diceritakan mesti ada seni dan rahsianya.Menjalani hidup yang penuh dengan liku kehidupan adalah 
lumrah dan mesti dilalui.Apa pun yang melintang dan sedang menghalang tidak menjadi alasan untuk patah balik kebelakang.Hebat seseorang kerana keberanian dan kekuatan yang tidak terduga.Lahir dari dalam diri sendiri tidak perlukan sokongan dan dorongan yang menjadi agenda menyalahkan orang lain.
          Apabila langkah demi langkah berirama mengayunkan tangan tanpa rasa lemah.Sesekali memandang ke kiri dan kanan agar semuanya dihadapi dengan tabah.Membayangkan kebahagian sedang ada di depan tanpa memikirkan apa pun yang berlaku.Memberikan senyuman dan semangat yang kuat terpancar di wajah.Kenapa?kerana dia bahagia memberikan senyuman dan semua titik peluhnya untuk semua yang ada di sekelilingnya.Tapi hairan dia cuma mahu semua kelihatan sempurna untuk dikhidmati walaupun,keadaan mereka mampu dan boleh berdikari.Kenapa boleh jadi demikian ? kerana terlalu yakin yang baik pasti dibalas baik.Tiada keluh kesah cuma ada kalahnya merasa kesihan dan kasih sayang yang melimpah ruah ingin dicurahkan.Bagaimana perasaann itu tidak pudar di mamah waktu sejak awal dan ke akhirnya tetap subur disirami air mata doa semoga semuanya baik- baik saja dan sama-sama mendapat kebahagiaan.Luar biasa sebagai hamba Allah redha dengan apa yang ditentukan untuk dilalui dan percaya bahagia kerana menjalankan amanah demi amanah.Meniti di titian yang rapuh dan kelihatan penuh onak duri.Dilingkari api menjadi satu cabaran untuk menjalani kebenaran dan kenyataan.Tidak ada lagi keraguan dan rintihan kerana semuanya adalah kerana keyakinan dan percaya itulah yang mesti  dilakukan.Bahagia itu di dalam hati yang paling dalam dan tiada yang dapat merampas atau meragutnya.Ia berada terlalu dalam selamat dilindungi oleh dinding yang kuat dan kukuh.Bahagia itu dipelihara disirami cinta kerana  Allah.Tiada prasangka jahat dan salah tafsir dalam perlakuan seseorang.Allah menjaga hati dan memeliharanya agar tidak dikotori.Bukan muda bahagia dengan sendirinya tanpa usaha untuk kita sentiasa tawakal terhadap ketentuan Allah.Jangan langgar perintah Allah teruskanlah dengan bahagia taat yang terpaut rapat di hati.Hamba Allah tidak akan peduli kelilingnya yang hanya memikirkan kemewahan dunia.Tidak akan terpengaruh dan terpedaya dengan liku-liku kepuraan.Tidak akan kesah dengan sindiran kebodohan memgutamakan orang lain.Tidak akan terpengaruh dengan kilauan gelap penipuan.
         Bahagia dikelilingi dengan sendirinya dihiasi bunga yang indah mekar berbau wangi dan udaranya segar menjadi aroma terapi kesengsaraan dan penyeksaan hamparan paksaan mengikuti rentak dunia.Tiada yang membuatkan bahagia selain ketaatan  kepada Allah dan itulah menjadi panduan tanpa bertukar arah.Bahagialah hati yang bahagia teruskan kebahagiaan yang membuatkan hati bahagia.😊