Kata terungkai dengan maksud tersendiri,erti sepatah kata CINTA membawa banyak cabang kehidupan.Apabila dihurai menjadi kebiasaan hanya yang biasa biasa sahaja.
Kehidupan luas sepanjang mata memandang . Pusingan penuh 360 darjah menyeluruh sejak lahir hingga seterusnya.Tertulis sebuah cerita untuk dibaca.Ke indahan dunia sangat mempesona lahirlah kata- kata pujangga yang memuji dan kagum dengan  kewujudan diluar kemampuan manusia.
     Cinta terbina dengan setiap kelipan mata yang tidak dapat berbicara hanya memandang tidak terkata.Terbuai dengan tiupan angin kedinginan bunyi merdu siuran alam sekitar benar-benar mengasyikkan kecintaan.Alam tercipta dengan cukup sempurna warna warni menghiasi dan mencorakkan  semua yang tercapai pandangan mata.Agungnya Maha Pencipta membelai jiwa membawa erti sepatah kata cinta.Berjalan dan berlari di muka bumi yang terbentang indah seluruh isinya tiada cacat di mata.Semua menghadirkan sebuah cinta yang tiada tolak bandingnya hanya kepada Maha Pencipta.Deria yang diberi tanpa bayaran dipinjamkan untuk diguna supaya dapat menikmati semua yang ada indah dan sangat mempersona.Udara yang tidak ternilai dengan muda kita hirup tanpa syarat.Bernafas selesa dihembus dengan lega.
      Betapa tidak terluahan dengan kata yang  berbunga bersama haruman mewangi di udara.Rama-rama berterbangan pelbagai warna berkejaran seolah-olah gembira.Cinta itu tidak berbela bagi hanya kepada Maha Kuasa,menjadi penonton tanpa berbayar hanya percuma .Dalam sedar jiwa segar berkata-kata sangat gembira bersyukur diberi peluangan menyaksikannya dengan luangan masa yang tidak terhad.Daunan berbagai warna gugur dari pokok yang menjadi tempat untuk berteduh.Memerhati berbagai  spesis burung berterbangan sebahagian antaranya singga di pokok berhampiran.Sungguh indah dan sangat cantik untuk digambarkan.Erti sepatah kata cinta lahir dan terus berkembang di dalam jiwa.Bagaimana lagi untuk dinafihkan cinta dan kasih sayang yang Maha Penyayang memberi kasih sayang yang tidak terhingga.Memberikan kelapangan dan peluang yang di antara hambaNya yang tidak dapat.
        Erti sepatah kata cinta bermakna dalam kehidupan dalam mencintai semua yang ada.Cinta yang tidak ternilai kerana erti sepatah kata cinta berkembang dengan kuntuman bunga pelbagai warna dan berputik terus berputik menghiasi seluruh jiwa raga.Langkah yang dimulakan dengan kebahagian dari taman cinta kepada Maha lemah lembut membelai dengan sentuhan bertua dihati.Semua ada petak-petak diruangan hati dan tersusun rapi untuk mengatur personaliti insan yang dekat untuk hidup menghayati.Bukan rekaan dan tipu daya  tetapi inilah realiti setiap insan akan membawa langkah kakinya mengikut ilmu pengetahuannya sendiri.Sekiranya lebah boleh mencari madu dan kenal dengan madu dari setiap bunga pastinya demikian juga hamba yang mencari erti sepatah kata cinta akan jumpa makna cinta di seluruh hidupnya samada yang berbentuk masa,kekayaan dan juga kemanusiaan.
        Hati yang tidak dapat mengesan  seronoknya pemberian dan kelebihan mestlah terus mengukir dihati apa yang dimaksudkan dalam erti sepatah kata cinta agar cinta mula terbentuk pelahan dan hingga memenuhi ruangan hatinya dengan cinta .Tiada yang hadir selain cinta ,bibitnya telah ditanam agar melihat semuanya indah dan mekar berbunga.Semua yang ada berwarna warni berkelipan seperti bintang di malam hari.Bintang-bintang yang berkelipan membawa harapan yang menyinari setiap perjalanan biar pun dalam gelap cinta itu tetap bersama walaupun di mana kita berada.Sungguh istimewa hati yang subur dengan cinta yang Maha Pencipta tiada yang dapat menghalangnya.Lalang dàn semak sentiasa ditebas agar tidak menghalang tumbuh dan berkembangnya bunga-bunga yang cantik dan menarik untuk menambah rasa cinta di jiwa.
         Apa pun keadaan perasaan yang membuatkan kita bertambah sayang dan bertindak melangkah kepada cinta haruslah terus dibajai supaya tidak layu dan dirawati sentiasa  setiap waktu.Jangan dibiarkan ada  tumbuhan yang menghalang pertumbuhannya kerana ia akan terbantut dan kurang  menarik dipandang mata.Hiasi dengan bunga-bunga yang terpelihara dan dibajai belaian cinta yang membawa kebahagian.Demi erti sepatah kata cinta tumbuhlah semua bunga cinta.