Perjalanan hidup banyak diceritakan agar boleh dijadikan panduan dan pengajaran,tercetuslah tajuk andainya kau mengerti dengan harapan semua yang berlaku perlu ada persediaan untuk menerimanya.Satu persatu untuk dijadikan bekalan ilmu yang dipelajari tidak dapat menyangkal semua persoalan perlakuan setiap insan.
       Masalah yang dihadapi setiap insan mengikut kemampuan masing-masing dan semua telah tersedia untuk setiap insan di muka bumi,tiada yang boleh menggelak dan meminta.Namun setiap  masa kita masih tidak tahu kenapa setiap kejadian kadang-kadang jadi apabila dirancang dan ada juga gagal.Jawapannya jelas itulah yang telah Allah tentukan agar kita sentiasa berdoa dan setiap masa berhati- hati hidup di dunia.Kita merancang tetapi perancangan Allah yang tepat.Tiada  perkara yang muda untuk kita dapat dan mendapatnya dengan cara muda.Malah yang kita fikir baik itu tidak sesuai dengan kehidupan kita.Harus ada persediaan untuk  menerima apa pun bakal berlaku dalam hidup kita.Kesemua kesimpulan dalam setiap soalan haruslah diakhiri dengan pengajaran dan tauladan.Supaya kita tidak mengharap terlalu tinggi dalam sesuatu perkara.Harus ada kesediaan dari segi jasmani dan rohani.Semestinya setiap yang berlaku ada hikmahnya.
     Andainya kau mengerti semua ilmu yang kau pelajari harus diguna untuk kebaikkan dan dimanfaatkan oleh orang sekeliling kita.Bukan kita simpan dan menjadi hiasan untuk dipertontonkan dan pamerankan.Ilmu yang bermanfaat dapat dinikmati dan berkembang ke semua penjuru hingga mendapat ilmu keperingkat yang tertinggi.Belajar untuk dikongsi bersama sangat menyeronokkan.Situasinya menjadi lebih  menarik lagi apabila mereka yang mendapat menfaatnya adalah orang tepat memerlukan ilmu tersebut.Memberi lebih baik daripada menerimah andainya kau mengerti. Memberikan ilmu adalah satu keistimewaan yang sukar diperolehi daripada seseorang dengan rela hati.Kesanggupan untuk memberi dan berkongsi secara semulajadi adalah sangat susah didapati.Harus ada kesediaan  dan rasa bersyukur sekiranya ada yang memberi nasihat dan berkongsi pengalaman .Anggaplah itu satu anugerah tanpa di pohon dengan rasmi datang tanpa diduga.Belajar tidak formal dan terus kepada amali sangat istimewa yang jelas pengamatan dan perbuatan menghadapi situasi dalam hidup seharian kita.

🌹Menyentuh keperluan  ilmu sangat penting dalam kehidupan,jangan diabaikan dengan melihat kedudukkan seseorang mereka semua sama rata ilmu mesti di sampaikan walaupun satu ayat.