Berlalu bayu menyentuh pipi melambai alunan sayu di pagi hari,langkah kaki berhenti melihat dan mendengar semuanya tidak mampu dimiliki hanya sekadar sebagai pemerhati.Bersyukur dan sentiasa berbisik sendiri inilah anugerah Ilahi.Kata-kata indah sentiasa diukir dan dicoretkan dihati betapa bertuanya sebagai pemerhati.
          Apabila mengelilingi dan  mencari sesuatu dijadikan inspirasi agar boleh dibawa sebagai ole-ole bekalan diri semua tampak realiti sukar untuk difahami.Kicauan burung di pagi hari mencari rezeki demikian juga lebah-lebah menghinggap ke bunga mendapatkan madu demikianlah pula semut keluar dari busut ke pohon-pohon berbuah.Teratur dan mengikut arah yang sama.Setiap hari kehidupan yang dilalui dibawah pohon yang tinggi terlindung dari bahang mentari.Pokok subur dan kehijauan memberi oksigen yang segar belum dicampuri oleh pelbagai pencemaran udara.Udara yang dihirup dan dilepaskan ke udara melegahkan rasa gembira.Sesekali langkah kaki bersahaja bergerak dan berjalan selangkah semuanya nampak indah.
          Hati yang gelisa dan memikirkan masalah hilang seketika agar boleh bertindak dan menyelesaikannya kerana inilah hukum alam.Burung,lebah dan semut berusaha tanpa berputus asa cuma ada beza semuanya berkerjasama dan juga untuk diri sendiri.Contohnya burung bersayap dan terbang tinggi boleh dapatkan sumber rezeki di tempat yang lebih jauh.Namun hanya untuk dirinya sendiri.Terbang tinggi dapatkan makanan sama juga dengan semut dan lebah tapi spesis kecil pun tetap mencari makanan dengan berkerjasama dan disimpan untuk keperluan akan datang.Simpanan makanan ada yang mengatur demikian juga perjalanan mencari makanan.Demi amanah dan tanggungjawab spesis yang kecil nampak disiplin dan teratur.
          Hanya mampu melihat dan mendengar andainya ada kesatuan dan  kerjasama tiada dendam dan benci pastinya semua teratur dan mengikut perancangan yang ditetapkan.Kelemahan setiap jiwa merasa tidak lagi percaya.