Bercuti di rumah sesuatu yang terasa tidak biasa .Ketegori cuti selalu di luar rumah sama ada berjalan atau pun melawat ke suatu tempat.Melihat sekitar alam yang jarang dilawati.Sangat menarik percutian hanya sekadar di ruangan rumah dan di keliling rumah sahaja.Banyak yang perlu dibuat dan rasanya tidak cukup tangan,tenaga dan masa.Wow! itulah yang menarik sebenarnya. Ketika mengatur semua yang perlu dilakukan satu demi satu disusun dengan rapat dan dirancang agar semuanya dapat dilakukan dengan cermat supaya tidak menjejaskan kesihatan pula.Walaupun , kelihatan agak mustahil untuk dilakukan kerana longokkan dan kerja bertangguh beberapa bulan lalu terpaksa diselesaikan. Alhamdulillah pelahan-lahan semuanya dilakukan dengan sangat tertib.Percutian yang sangat menarik dan sangat seronok.Membersikan rumah dan persekitaranya ada manfaat untuk waktu ini.Keadaan rumah yang kurang teratur dan bersih inilah waktunya untuk mengisi masa cuti.Waktu yang tidak terkira lajunya dan saat yang berharga dilalui bersama anak-anak dengan bergotong royong.Saat yang kita tunggu dan penting belajar tentang kebersihan bersama-sama memelihara alam semulajadi.
      Kerjasama yang padu semestinya laju😁siap.Alhamdulillah semuanya sudah selesai.sebelum dan sesudah gambar menjadi kenangan.